Monday, January 12, 2015

Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir:

1. Mandikan bayi anda dengan air suam untuk elakkan bayi sejuk.

2. Sediakan segala  kelengkapan lebih awal seperti pakaian, sarung tangan dan kaki, barut, minyak dsb sebelum memandikan si kecil supaya proses tersebut berjalan dgn baik dan lancar, dan anda turut berasa lebih tenang.

3. Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya hingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan 'alcohol swab' yang diberikan doktor. Tak perlu sapukan dengan sebarang ubat lain. Jika pangkal tali pusat itu merah dan membengkak, mintalah nasihat daripada doktor. Adalah perkara biasa jika terdapat sedikit pendarahan atau cecair keluar, tetapi ia sepatutnya hanya untuk beberapa hari sahaja.

4. Tuam perut dan ari-arinya dengan kain atau daun sirih yang dipanaskan dengan seterika untuk elakkan kembung perut dan angin pasang.

5. Sapukan juga perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda dengan minyak bayi untuk beri keselesaan kepadanya.

6. Pakaikan barut dengan kemas, namun tidak terlalu ketat.

7. Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.

8. Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklahsentiasa peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan ruam lampin.

9. Sehinggalah dia berusia lebih kurang 4 minggu, bayi tidak berupaya mengawal pergerakan kepalanya. Jadi, pastikan anda sentiasa menyokong kepala dan lehernya. Apabila anda hendak meletakkannya pula, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia telah diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya. 

10. Bedunglah si kecil untuk membantunya tidur dengan lebih selesa dan lama. Keadaan berbedung memberi rasa selesa kepadanya, seolah-oleh berada dalam perut ibunya.
11. Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkannya  kembung atau muntah.

12. Susukan bayi anda sekerap yang mungkin (setiap 2 jam) walaupun dia hanya ingin melelapkan mata. Kuis atau geletek tapak kakinya untuk kejutkan dari lena.

13. Berikanlah susu ibu secara eksklusif kepada bayi anda selama 6 bulan pertama untuk pastikan dia mendapat khasiat susu ibu dengan sepenuhnya. Jangan berikan si kecil anda selain susu ibu, hatta air masak sekalipun sepanjang 6 bulan tersebut. 

Menjaga bayi baru lahir sesungguhnya bukanlah perkara mudah, apatah lagi bagi ibu baru. Dengan kesihatan si ibu yang masih belum pulih sepenuhnya, si bayi pula perlukan perhatian. Selain sokongan orang sekeliling, ibu juga perlu menjaga kesihatannya dengan baik supaya dapat elakkan daripada stress atau 'gila meroyan' istilah melayunya. Ibu perlu lengkapkan keperluan nutrisi tubuh dengan sebaiknya supaya badan sihat, cergas dan ceria menjalankan tanggungjawab sebagai ibu..

p/s : perlukan breastpump/stroller/car seat..anything about moms and baby... l

like page kami www.facebook.com/360shoppe atau www.360shoppe2u.com 
PELAN ANSURAN DI SEDIAKAN. BERBALOI2!!!

Thursday, January 8, 2015

Macam Mana Susu Boleh Terhasil?

Assalamualaikum ibu2

Saya sendiri pada mula2 nak menyusu badan tertanya2.mcm mana susu boleh terhasil..kenapa kadang2 susu subuuuur sgt. kadang2 ada terjadi susu sy mmg nampak drop atau sikit..

Berdasarkan pengalaman2 yg telah dilalui dan cerita2 dari ibu2 lain yg telah berjaya, apa yg saya nampak sekarang ialah, kebanyakan ibu2 belum kenal lagi breast masing2. And tak study secara detail bagaimana susu ibu terhasil. Saya rasa, kita kena kembali kepada perkara asas, iaitu kenali breast kita terlebih dahulu. Supaya bila kita dah kenal and faham tentang breast kita, Insya Allah, perjalanan breastfeeding akan menjadi lebih mudah....

 Ok, jom kita tengok pada struktur gambarajah di bawah.... 



Apa yg saya boleh rumuskan di sini, kita dapat lihat dengan jelas, bahawa susu ibu terhasil, apabila terdapatnya rangsangan dari bayi. Otak yg merangsang kilang2 susu supaya menghasilkan susu. Berbeza dengan susu tepung; air panas, air masak, susu tepung, botol susu dan yg sewaktu dengannya, telah terhidang di depan mata. Penat ke, stress ke, baby tetap leh disusukan. Walaupun ayahnya, yg takde susu pun leh tolong susukan baby. Hatta orang gaji indon pun leh tolong susukan anak korang, bagi yg minum susu formula.

Sebab tu, permulaan penyusuan terutama bagi ibu2 yang bersalin sulung (tiada pengalaman) seringkali gagal dalam proses breatfeeding ni.Sebabnya, susu tu bila dipicit baru keluar. Itupun, cam menitik aje. Kemudian bila perah kadang2 tak keluar. So, tak nampak hasilnya, ibu2 pun risau dan mudah terpengaruh dgn cakap org2 tua, bila diorg start buka mulut kata susu kita tak cukup. Ibu akan bertambah down, terus baby pun melalak! Sebabnya, si ibu tadi dah hantar signal yg salah kat otak bahawa susu dia tak cukup. So, macamana kilang dia nak proses susu.

Teknik yg betul ialah, FIRST SEKALI SET DALAM MINDA BAHAWA TIADA MAKANAN LAIN SELAIN SUSU IBU UNTUK ANAK KITA PADA 6 BULAN PERTAMA. (Cuba set dalam minda, kalau aku tak nyusukan anak aku ni, nanti dia akan sakit. Nanti dia tiada antibody, susu formula mengandungi bahan kimia yg berbahaya pada bayi, susu formula bukan susu semula jadi) Sebab tu, klinik kerajaan mengambil tindakan yg betul, sebab tidak membenarkan ibu2 membawa botol susu masuk ke dalam klinik @hospital. Supaya, ibu2 yg baru saja melahirkan, tidak sewenang2nya, set dalam fikiran, kalau tiada susu, susu tepung setin, dah ada kat tepi nih! Tak yah la aku nak risau. Dah.....nampakkan, korang dah hantar lagi sekali signal yg salah pada otak korang, bahawa, anak korang tak semestinya kena minum susu korang. So, kilang tu pun berehat seketika @berehat buat selama2nya, bila tiada rangsangan dari baby.

Mommies2 sume igt saya tak tahu eh, bila korang tengah nyusukan anak korang, dalam hati korang berkata2, "ada ke susu aku nih?".. saya tengok raut muka korang pun dah leh baca. Muka terkerut2 bagi susu kat anak. Tak sampai 5 minit terus cakap, "dahla bang, bancuh jela susu tu, susu tipah takde la bang. Tak mau keluar!" 
Dah...kalau korang cakap gitu, walau kitorang nasihat banyak2 kali pun tak guna jugak. Sebab minda korang dah set begitu. So kilang susu korang tutup kedai la...Lainla, kalau otak korang leh bluetooth dengan saya ni, saya akan cakap, "susu saya banyak...Insyaallah, susu saya banyak...Insyaallah, Allah itu Maha Pemurah...Insyaallah, rezeki anak saya ada..." (Ini sebenarnya apa yg setiap ibu harus lakukan dalam minda korang)

Kemudian, bila korang dah berjaya beri kolostrum tu, kadang2 breast kita amik masa beberapa hari untuk membengkak, mengeluarkan susu yang matang. (Ibu baru kena faham, mula2 breast kita memang lembut, seolah2 macam tiada susu, bila perah pun adala dapat sesudu. Itu perkara normal dan biasa. Ok!)
Bila picit nipple pun, yg keluar cecair jernih kekuningan. Itulah kolostrum yg bernilai EMAS buat baby kita. Itu penting untuk antibodi si dia (si kecil tersayang).

Dan lagi satu, memang NORMAL dan BIASA bila baby, pada beberapa hari atau minggu pertama kerap menangis nak susu. Ada yg setiap 1 jam, malah setiap 30 minit pun ada. Ini mula2. Sekadar beberapa selang waktu, untuk ibu dan bayi menyesuaikan diri and penghantaran signal pada kilang susu supaya produce susu yang mencukupi untuk baby. (Jangan terpengaruh dengan mana2 mak bedah, cakap seolah2 susu korang tak cukup N baby tak kenyang. Itu gosip girl@ gosip makcik2 semata2. Berdasarkan fakta yg sebenar, susu ibu adalah makanan yg mudah dihadam oleh bayi. Sebab tu, baby cepat lapar. Sebab ia mengandungi gula ringkas dan zat2 lain yg mudah dicernakan oleh perut bayi. Compare dengan susu formula, yg korang ingat baby tidur lama sebab kenyang)...Maaf cakap, fakta yg sebenarnya, perut baby sedang bekerja keras pada ketika itu, demi untuk menghadamkan satu ramuan asing yg telah dimasukkan ke dalam perut dia.

Kemudian, untuk kes2 tertentu, bagi baby yg ada masalah sehingga memerlukan ibu untuk memerah susu di hospital. Mula2 memang hasilnya sesudu dua. Susu tu cukup untuk mengenyangkan baby. Amalkan setiap kali sebelum and selepas mengepam@menyusu minum air suam sekurang2nya segelas. Supaya flow susu berjalan lancar. Jangan simply mudah2 dengar cakap mak bedah, tak elok minum air banyak, nanti peranakan berair dan sebagainya. Percaya tak, mana2 ibu yang menyusukan badan anaknya (secara fully bukan campur dgn susu formula), walau dia berisi, gebu, gemuk atau kurus, badan dia tetap ada shape. Sebab, menyusu mempercepatkan proses rahim kembali mengecut. 

K, sekian untuk kali ini. Maybe kalau ada masa saya akan sambung lagi lepas ni.

"Breastfeeding bukanlah semudah yang disangka, tetapi bila kita dah laluinya, ia adalah pengalaman yg paling indah dan pengurusannya lebih mudah dari menguruskan susu formula"

***Just follow kami di www.breastfeedingmall.blogspot.com atau www.facebook.com/360shoppe atau www.360shoppe2u.com ini, InsyaAllah semoga kita sama2 dapat manfaatnya... ^_^

Mengandung, melahirkan dan menyusu itu FITRAH seorang WANITA.

"Selamat menyusu" :)

Monday, January 5, 2015

BABY BARU LAHIR DAN KEMBUNG PERUT, KENAPA/ MENGAPA dan BAGAIMANA?

Apa itu kembung perut (Colic)?

Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut. Diagnosis ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:
  • Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.
  • Masalah ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2 hingga 3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3 hingga 4 bulan.
Mengapakah sesetengah bayi mengalami kembung perut?

Sebab tidak diketahui. Beberapa teori termasuk :
  • Usus:
    • Alah kepada protein susu lembu.
    • Alah kepada laktosa.
    • Usus belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan "angin" yang berlebihan.
    • Ketidak selesaan disebabkan "angin".
  • Biologi:
    • Cara menyusu : kurang atau lebih menyusu dan kurang sendawakan bayi.
    • Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut.
  • Psikososial:
    • Ibu bapa yang tertekan.
  • Lain-lain:
    • Sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.
Adakah ramai bayi yang mengalami masalah ini?

Dianggarkan 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut. Apakah tanda-tanda bayi anda mengalami kembung perut? Bayi akan selalunya :
  • Menangis sekuat hati dalam jangka masa yang lama.
  • Diikuti menarik kedua belah kaki ditarik ke perut dan tangan dikepal.
  • Tidak semestinya berkaitan dengan perut buncit, muntah, demam atau tanda- tanda penyakit yang lain
Adakah kembung perut akan menyebabkan masalah serius yang lain?
  • Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik.
  • Bagaimanapun, masalah ini mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaan dan kebimbangan di kalangan ahli keluarga.
  • Ibu bapa merasa kecewa dan risau melihat keadaan bayinya.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?
  • Tiada rawatan yang khusus. Keadaan ini akan pulih dengan sendiri apabila bayi berumur 3 hingga 4 bulan.
  • Jika anak anda kembung perut :
    • Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek.
    • Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah lembut
    • Kurangkan bunyi bising
    • Bawa bayi anda bersiar-siar
    • JANGAN SEKALI-KALI MENGGONCANG BAYI ANDA
    • Jika ibu bapa merasa tertekan atau penat, cuba dapatkan bantuan orang lain untuk menjaga bayi dan ambil rehat yang secukupnya.
Dapatkan nasihat doktor jika :
  • Tangisan bayi anda seperti di dalam kesakitan.
  • Ada masalah lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit.
  • Bayi anda demam
  • Ibu bapa terlalu bimbang atau penat dan tidak boleh menangani masalah ini sendiri.
Apakah ubat yang boleh membantu?
  • Tiada ubat yang berkesan untuk meredakan kembung perut.
  • Anda boleh mencuba ubat untuk "angin" atau "colic" dan sejenis ubat bernama "dimethicone" untuk mengurangkan rasa kembung.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?

Jika bayi anda menghisap susu botol:
  • Amalkan teknik penyusuan yang betul, pastikan saiz puting yang sesuai dan sendawakan bayi anda di antara penyusuan.
  • sebaik2nya gunakan botol Anti-colic . dapatkan di www.facebook.com/360shoppe atau www.360shoppe2u.com
Jika bayi menyusu badan :
  • Teruskan penyusuan susu ibu, tetapi ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kobis, brokoli, bunga kobis, dan kafein.

Peringatan

IBU2 boleh cuba untuk massage baby bagi mengelakkan kembung perut kerap berlaku



Sunday, January 4, 2015

CARA PENGENDALIAN EBM ATAU SUSU IBU

Dear new moms,


MAKSUD ISTILAH YANG DIGUNAKAN:

1. EBM - expressed breast milk
2. FRESH EBM - susu ibu yang baru diperah
3. FROZEN EBM - susu ibu yang dibekukan
4. CHILLED EBM - chilled expressed breast milk (susu yang hanya disimpan di dalam chiller/tidak dibekukan.

TEMPOH HAYAT 

1. FRESH EBM : Tahan 4 jam di dalam suhu bilik atau 8 jam dalam bilik beraircond, tahan 4 jam selepas dipanaskan
2. CHILLED EBM : Tahan 4 jam selepas di panaskan, jika anak dh minum perlu habiskan dlm masa 1-2jam kerana air liur telah bercampur dgn susu
3. FROZEN EBM : Tahan 1 jam selepas di panaskan, pastikan anda panaskan mengikut jumlah yg diperlukan anak untuk sekali sesi penyusuan.


1PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMERAH SUSU

1.1 BREASTPUMP :
§  Sama ada manual atau elektrik (mengikut kesesuaian dan keperluan)
§  Jika menggunakan built in bateri, pastikan bateri dlm keadaan penuh bagi memastikan urusan mengepam tidak terganggu di pertengahan jalan

§  Pastikan semua part lengkap dan tiada yg tercicir.

bakal-bakal ibu boleh merujuk www.facebook.com/360shoppe untuk pelbagai jenis breastpump mengikut budget dan citaras para ibu. Mereka juga menyediakan pelan ansuran bg membantu ibu2 memilik pump secara ansuran





1.2 STORAGE BOTTLE / STORAGE BAG (LINER) :
§  Pastikan dalam keadaan bersih dan kering
§  Pilih botol / liner yg bebas BPA (Bisphenol-A)     


Jika berada di pejabat, pastikan anda mempunya cooler bag dan icepack yg telah dibekukan jika pejabat anda tiada kemudahan peti sejuk..      

contoh cooler bag dan icepack yang biasanya di gunakan oleh para ibu. pengepam tegar!

ibu2 boleh dapatkan pelbagai jenis cooler bag dan storage bottle/bag di www.360shoppe2u.com atau www.facebook.com/360shoppe



Friday, January 2, 2015

PENTING!!!! WAJIB BACA!! Perbezaan botol yg mengandungi BPA FREE / tiada BPA

Berikut, saya kongsikan tip-tip mudah bagi mengenal pasti sama ada botol itu mengandungi bahan BPA ataupun tidak.

Botol susu yang mengandungi BPA:

1. Botolnya jernih (crystal clear)2. Biasanya terdapat dalam pelbagai corak yang menarik3. Harganya murah (sehingga ada pakej 3 botol hanya RM7.90)4. Sekiranya di pasar raya besar, biasanya botol-botol ini dilonggokkan di dalam 'wagon'5. Tiada label 'BPA FREE' pada pembungkusannya6. Pada bahagian bawah botol, terdapat 'nombor 7' dalam segitiga beranak panah7. Ada botol yang tidak mengandungi nombor langsung di bahagian bawahnya.

Nombor kod plastik yang berbahaya kepada manusia:

Bekas ataupun botol plastik yang menggunakan nombor kod 1, 3, 6, dan 7 sebenarnya adalah tidak sesuai digunakan berulang kali, malah ada yang tidak sesuai digunakan sebagai bekas 'bahan makanan' manusia.

Sebagai contoh, botol susu dengan kod bernombor 6, sekiranya di pasar raya, ada juga pengilang yang meletakkan 'BPA Free', tetapi, walaupun jenis ini BPA Free, ia tetap tidak sesuai digunakan untuk botol bayi.

Nombor 6 menggunakan bahan Polystyrene. Bahan ini biasanya digunakan bagi membuat bekas CD, kaset, pembungkusan sabun atau bahan pembasuh dan 'sarang' telur. Tetapi, pengilang tetap menggunakan bahan ini bagi membuat botol susu bayi!

Bahan bernombor 1 iaitu PET (Polyethylene Terephthalate) pula biasanya digunakan sebagai botol minuman ringan, air mineral, dan bekas bahan kosmetik. Bahan ini adalah bahan 'pakai buang'. Digunakan sekali sahaja. Justeru, berhati-hatilah kepada mereka yang suka menggunakan botol air mineral berulang kali.

Bahan bernombor 3 pula terang-terangan namanya adalah PVC (Polyvinyl chloride), bukan bahan yang sesuai untuk bahan makanan. Biasanya ia digunakan sebagai getah paip, beg darah dan lain-lain. PVC juga dikenali sebagai 'Plastik Beracun' kerana mengandungi bahan toksin yang berbahaya.



Nombor yang sesuai bagi digunakan sebagai bahan botol bayi adalah bahan bernombor 5 atau PP (Polypropelene). Bahan ini biasanya digunakan sebagai botol ubat dan penyedut minuman.

Tip mudah mengenal pasti botol susu BPA Free:

1. Terdapat label pembungkusan 'BPA Free'2. Sekiranya tiada label BPA Free, lihat pada bahagian bawah botol terdapat nombor 5 dalam segitiga beranak panah3. Botol jenis ini berwarna keruh dan lebih lembut4. Harga botol susu jenis ini biasanya lebih mahal, satu botol lebih RM105. Botol susu jenis kaca juga adalah BPA Free

Nombor lain yang selamat kita gunakan berulang kali adalah bahan bernombor 2 dan 4. 

Peringatan: Berhati-hati, tidak semestinya botol berjenama ataupun berharga mahal itu adalah BPA Free. Botol-botol mahal yang dimaksudkan adalah botol-botol yang biasanya dijual di butik-butik bayi, kurang di pasar raya biasa. Walaupun botol berjenama mahal biasanya adalah BPA free, tetapi kadangkala, ada botol berjenama mahal yang masih belum menghabiskan stok lama mereka.

Sekarang, apa lagi, mari kita pergi ke dapur dan semak bekas-bekas makanan dan botol masing-masing (^_^)


Thursday, January 1, 2015

BPA free ? Apa Itu BPA / Bisfenol A

BPA free ? Apa Itu BPA / Bisfenol A


Apa itu Bisfenol A (Bisphenol A) — BPA . Ketahui apa itu apa itu Bisfenol A (BPA), bahayanya terhadap keluarga anda (bayi terutamanya) dan cara mengelakkan atau mengurangkan pendedahan terhadap BPA.

Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.

Kesan botol susu bpa terhadap kesihatan dalam jangka masa panjang

BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.

Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.

Faktor Pengaruhi Larut Resap BPA ke dalam Makanan

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya, kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).
Pengkaji dari University of Cincinnati melaporkan, pendedahan terhadap air menggelegak menyebabkan botol polikarbonat melepaskan bisfenol A (BPA) sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding ia terdedah kepada air sejuk atau air suam (air kosong).
Tip Mengelakkan BPA

Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut :
  1. Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
  2. Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca.
  3. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.
  4. Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
  5. Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri.
  6. Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.