Tuesday, May 12, 2015

Panduan Betul Menggunakan Breastpump

Panduan ini adalah secara umum kerana anda mungkin memiliki pelbagai jenis breastpump. Tetapi  panduan umum ini dapat membantu anda.
1) Pastikan Keselesaan

Ibu perlu berada dalam keadaan tenang, pastikan tangan anda dicuci bersih. Gunakan bekas simpanan susu perahan bersih, lakukan urutan pada payu dara atau tuam untuk melancarkan aliran. Posisi anda juga perlu betul. Pastikan badan tegak dan corong pam diletakkan pada paras dada, pegang dengan baik supaya ia terletak dan melekap betul pada payu dara. Keselesaan adalah penting kerana susu mungkin akan meleleh daripada corong.
Anda juga boleh mencari di pasaran disediakan sekali Corong Khas yang dipanggil Angled Breashield yang boleh adan mengepam dalam keadaan menyandar dan tidak perlu berada dalam keadaan tegak sentiasa.
Apabila menggunakan pam elektik, mulakan dengan sedutan perlahan kemudian dinaikkan sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap keselesaan. Elakkan daripada menggunakan tahap sedutan maksima kerana ini akan menyebabkan kecederaan pada puting dan payu dara. Tambahan lagi tahap sedutan maksima tidak mengepam lebih banyak susu. (Breastpump di pasaran Kini boleh didapati dengan Fungsi Sedutan Auto, tahap sedutan secara automatik akan dinaikkan sedikit demi sedikit)

2) Periksa saiz corong
medela-breastshield-fit 2
Periksa saiz corong yang anda gunakan kerana ia amat penting untuk memastikan keselesaan dan keberkesanan sesi mengepam.Anda tidak perlu mengepam dengan lebih lama kerana ini akan menyebabkan puting membengkak dan menyebabkan ketidakselesaan. Tempoh 15 hingga 20 minit adalah memadai. Jika anda menggunakan Double Pump adalah lebig bagus kerana proses mengepam dilakukan dalam waktu singkat.
Untuk mengekalkan penghasilan susu, pastikan kekerapan penyusuan terus daripada payudara (direct-feeding) bila bersama bayi dan hanya mengepam bila berpisah dengan bayi. Payu dara perlu dirangsang sekurang-kurangnya lapa hungga 12 kali sehari.