Wednesday, July 9, 2014

CARA TERPANTAS MELEGAKAN KETULAN PADA PAYUDARA - AKIBAT BENGKAK SUSU


Bengkak susu biasa terjadi kepada ibu menyusu, kadang-kadang ianya akan berkurang selepas 24 hingga 48 jam walaupun tanpa rawatan khusus - iaitudengan penyusuan seperti biasa.

Tapi bagaimana pula jika bengkak surut tetapi ada KETULAN pula pada payudara? Mesti risau kan?

Baca sampai habis untuk tahu TIPS MEMECAHKAN KETULAN HANYA DALAM 3 MINIT!

Ceritanya, Admin baru sahaja mengalami ketulan semalam, dan dengan teknik di bawah admin berjaya menghilangkan ketulan tersebut (gone for good) dalam kurang dari 6 jam (usaha2 berikut bermula jam 6 pagi tadi dan berakhir jam 9.20 pagi).


1. Urut kawasan ketulan dengan tuala yang sudah direndam dalam air panas/suam. Atau 'golekkan' botol yang berisi air panas di tempat ketulan.

2. Take a hot shower, air panas yang mengalir dapat membantu kembangkan kapilari darah dalam badan dan bantu lancarkan saluran susu pada breast.

3. Lakukan urutan membulat (circular motion) pada keseluruhan payudara terutama pada bahagian ketulan.

4. Gunakan breastpump untuk membantu. Pam 7 minit kemudian rest untuk urutan breast 5 minit dan sambung pam (bergilir-gilir pam dan urutan) semula dalam 30 - 60 minit.

5. Oh ketulan masih ada, (jika ya) kejutkan bayi untuk menyusu (DIRECT LATCH - DL). Urut bahagian ketulan secara membulat semasa menyusukan bayi.

YOUR BABY IS YOUR BEST BREAST PUMP EVER!

Tiada yang dapat menyamai hisapan bayi. Ketulan admin hilang terus hanya selepas HISAPAN 3 MINIT pagi tadi!!

So ibu, jika bayi ada bersama, DL, DL dan DL!! THE STRONGEST 'TOOL' TO SUBSIDE LUMPS ON BREAST!

**Teruja sungguh untuk berkongsi dengan ibu. Harap bermanfaat untuk ibu-ibu juga. 


No comments:

Post a Comment