Monday, June 8, 2015

Milk Booster Untuk Ramadhan

Salam Mommies,


Milk Booster yang lazat dengan rasa coklat yang mewah megandungi 1001 khasiat .Dengan kandungan yang ada pada UMR memadai dengan hanya meminum sekali sehari sahaja sebelum tidur.Namun Jika ibu mengalami masalah kekurangan yang terlalu serius bolehlah diambil 2 kali sehari sebelum tidur dan sebelah pagi ketika perut kosong.Kenapa perlu ketika perut kosong? Tubuh badan akan dapat menyerap nutrien dan vitamin pada kadar optimum.


Kandungan ummi milky rich mmg sgt menarik, tertarik dan terbaik:

✔kurma
✔kismis
✔madu
✔buah tin
✔habbatussauda
✔ginko biloba
✔pegaga
✔malt
✔coklat

*Formulated with ingredients known as sunnah as habbatus sauda,dates,honey,raisins,pomegranate and more.
*Chocolate : Increased and stimulate the prolactyn and oxytoxin hormone that increased milk production . It is also an antioxidant ingredient which is good for your health.
*Dates : Help to increase and thicken the milk . It can boosts the energy and help in maternity health.
*Honey:A natural Healer and medicine . Helps to boosts Milk increased metabolisme .
*Habbatus Sauda : Helps to protect from diseases and ease the milk flow during breastfeeding.
*Pomegranate : Rich with sodium and nutriens such as riboflavin , thiamin , niasin and vitamin C

*Centella Asiatica : Known as 'pegaga' a traditional plant that can helps to thicken the milk and helps you to stay young.

yang menarik nya Ummie Milky Rich ni..juga menawarkan buku Mudahnya Menjemput Rezeki secara percuma. Terbaik sgt!



sebagai pengguna, saya amat menitik berat kan process pembuatan sesuatu product selain daripada ingredient nya. alhamdulillah sy di jemput untuk melihat penghasilan product ini. sgt bersih dan sepanjang penghasilannya di bacakan ayat al quran. amat menyakin kan saya.

percubaan untuk diri saya sendiri. ummie milky sgt membantu mengekalkan tenaga. maklumlah tengah pulun puasa ganti. susu pon menten mcm biasa tp sedikit pekat.

bila google2 byk rupanya org dh cuba ummie milky rich ni. saya upkan testimonial untuk rujukan ibu2 yang lain

#milkbooster #ummiemilkyrich #productmuslim #makanansunnah











Medela Freestyle Secara Ansuran Mengikut Giliran aka KUTU style

Salam

Mommies,

Mesti ramai yang tercari-cara pelan ansuran mudah untuk breastpump yang paling tersohor iaitu MEDELA FREESTYLE.

the world recognize brand! luxury but worthy it
saya sendiri menggunakan medela freestyle. memang style habis.
Saya working moms, engineer dan juga usahawan yang berjaya. Cewahh.
Jadi my time 8-9am still in the car and 6-8PM well. dlm kereta lagi

MEDELA FREESTYLE sangat membantu saya. Saya PUMP AND DRIVE, every day. So far lom penah kena saman lagi la. hihih

YA kerja hakiki saya memang memerlukan saya travel dan outstation. JADI sebenarnya tiada sebab untuk tidak pump dengan MEDELA FREESTYLE.

sgt membantu. saya pump dlm flight. dalam erl. mahupon di kubikal office sahaja.
some times kena pergi training di tempat yang tiada facilities like surau. saya jumpa training personally just to show respect to him/her. Coz im doing something else there.

semua trainer saya baik melayu,mat salleh, chinese impress ok :)
dengan tenang saya belajar sambil pump. just selit breastshield dalam nursing bra and press start button sambil2 betul2 kn shawl

aiseh. jiran sebelah ai tak perasan pun.

ramai ibu2 tak tahu yang medela freestyle yang baik,worthy tp mahal bak ang ni boleh di miliki dengan ansuran bulanan serendah RM250.

www.facebook.com/360shoppe ada buat pelan ansuran ini.. YES serendah RM250, trusted!

dah ramai ibu2 yang memiliki medela freestyle secara KUTU dengan pelan ansuran mereka.

sebaiknya ibu2 yang tgh pregnant ambek pelan ni. bayar sikit2 inshaAllah ringan beban nya






Tuesday, May 12, 2015

Panduan Betul Menggunakan Breastpump

Panduan ini adalah secara umum kerana anda mungkin memiliki pelbagai jenis breastpump. Tetapi  panduan umum ini dapat membantu anda.
1) Pastikan Keselesaan

Ibu perlu berada dalam keadaan tenang, pastikan tangan anda dicuci bersih. Gunakan bekas simpanan susu perahan bersih, lakukan urutan pada payu dara atau tuam untuk melancarkan aliran. Posisi anda juga perlu betul. Pastikan badan tegak dan corong pam diletakkan pada paras dada, pegang dengan baik supaya ia terletak dan melekap betul pada payu dara. Keselesaan adalah penting kerana susu mungkin akan meleleh daripada corong.
Anda juga boleh mencari di pasaran disediakan sekali Corong Khas yang dipanggil Angled Breashield yang boleh adan mengepam dalam keadaan menyandar dan tidak perlu berada dalam keadaan tegak sentiasa.
Apabila menggunakan pam elektik, mulakan dengan sedutan perlahan kemudian dinaikkan sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap keselesaan. Elakkan daripada menggunakan tahap sedutan maksima kerana ini akan menyebabkan kecederaan pada puting dan payu dara. Tambahan lagi tahap sedutan maksima tidak mengepam lebih banyak susu. (Breastpump di pasaran Kini boleh didapati dengan Fungsi Sedutan Auto, tahap sedutan secara automatik akan dinaikkan sedikit demi sedikit)

2) Periksa saiz corong
medela-breastshield-fit 2
Periksa saiz corong yang anda gunakan kerana ia amat penting untuk memastikan keselesaan dan keberkesanan sesi mengepam.Anda tidak perlu mengepam dengan lebih lama kerana ini akan menyebabkan puting membengkak dan menyebabkan ketidakselesaan. Tempoh 15 hingga 20 minit adalah memadai. Jika anda menggunakan Double Pump adalah lebig bagus kerana proses mengepam dilakukan dalam waktu singkat.
Untuk mengekalkan penghasilan susu, pastikan kekerapan penyusuan terus daripada payudara (direct-feeding) bila bersama bayi dan hanya mengepam bila berpisah dengan bayi. Payu dara perlu dirangsang sekurang-kurangnya lapa hungga 12 kali sehari.



Wednesday, March 25, 2015

Teknik Pumping Power Membantu Masalah Kurang Susu

Akhir2 ini saya menerima banyak pertanyaan para ibu berkenaan dengan susu drop.
saya ingin kongsi kan dengan semua, selain daripada pengambilan milk booster ibu2 kena patuh pada demand dan supply concept.

baru ianya menjadi.

apa2 syabas pada ibu2 yang masih lg berusaha bertanya dan mencari jalan untuk menangani masalah susu kurang ni. jika tak kuat semangat, mmg dh lama di suakan formula milk pada si manja :(

Bila kita rasa payudara kosong dan bayi sering menangis kerana tidak puas menyusu. kita  pun menjadi stress dan tidak keruan. Its normal.


Jadi saya nak share pasal pump power pumping ni. mungkin ada antara new moms yang tak tahu lg psl ni. or mungkin ada yg tahu tp x brape pasti,

APAKAH ITU TEKNIK POWER PUMPING ?

Power pumping adalah satu teknik unik yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik ini berkesan apabila pam susu digunakan untuk memaksa susu keluar seakan-akan sedang menyusukan bayi dan secara tidak langsung akan meningkatkan penghasilan susu ibu dengan banyak. Penghasilan susu ibu bergantung kepada tindak balas hormon dan rembesan hormon bergantung kepada “arahan” daripada otak. Hormon-hormon yang terlibat ialah hormon prolaktin dan hormon oksitosin. Jika bayi mommies semakin kuat, lebih kerap dan lebih lama menyusu maka secara tidak langsung akan merangsang kelenjar pituitari untuk merembeskan hormon prolaktin yang membawa mesej untuk menghasilkan lebih banyak susu. 

SIAPA YANG PERLU BUAT POWER PUMPING INI?

Siapakah Yang Memerlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menambah atau meningkatkan penghasilan susu terutama apabila susu semakin kurang akibat perubahan hormon seperti telah mengikat peranakan, sedang haid, bayi kurang menyusu dan ibu yang kurang megepam kerana terlalu sibuk di tempat kerja.
2. Power pumping juga dilakukan oleh ibu yang ingin “relaktasi” iaitu menyusukan semula anak setelah berhenti seketika atas sebab tertentu.
3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat kerana teknik ini dapat merangsang pengahasilan susu, di samping menggunakan pam khas dan mengambil pil hormon.

Bagaimana Menjalankan Teknik Power Pumping Ini?


Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian sebelah kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit dan ulang selama sejam

Double pump – pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit, kemudian rehat 10 minit. Sambung lagi pam 10 minit, kemudian rehat 10 minit dan ulang lagi selama sejam.

Sebaiknya anda melakukan teknik ni sekali sehari, dan waktu yang paling sesuai ialah pada waktu tengah malam atau pada waktu subuh antara jam 12 malam hingga 7 pagi kerana pada waktu itu hormon susu sangat tinggi. Anda akan dapat lihat hasilnya di mana payudara anda mula berasa berat! :)
Namun begitu, ada juga ibu yang mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan hasilnya. Teruskan melakukan teknik ini setiap hari di samping mood ibu juga mestilah dalam keadaan tenang dan janganlah tergesa-gesa.
Sekiranya pada awal sesi power pumping ini susu tidak keluar langsung atau hanya keluar beberapa titik sahaja, itu adalah normal.
YAKINlah bahawa badan anda sedang dalam proses untuk menghasilkan susu. Beri sedikit masa kepada badan anda untuk menghasilkannya.
Di samping itu, ibu boleh amalkan Surah A-Baqarah ayat 60 dan Surah Al Hujrat dan niatkan supaya mendapat susu yang CUKUP untuk bayi anda.
Selain itu, amalan berselawat dan berzikir “Ya Matiin” semasa menyusu dan mengempam juga dapat membantu penghasilan susu.
Teknik Power Pumping ini biasanya berhasil dalam tempoh seminggu hingga sebulan.
Kepada ibu yang kekangan masa utk mengepam sewaktu bekerja, disarankan juga melakukan teknik Power Pumping ini pada sebelah malamnya bagi mengelakkan susu daripada merundum akibat kurang mengempam itu.
Selamat mencuba!!!



Wednesday, March 11, 2015

Habbasyi Oil PROMO PRICE



Harga promo pengenalan RM55 sahaja.
Ada 210 kapsul habbatus sauda asli.
Sehari makan 2 x 2 biji kapsul.
Jom order sekarang!
Untuk dapatkan harga PROMO RM55, klik link di bawah :
https://www.facebook.com/messages/360shoppe

WHATSUP 0111-3303887


8 SEBAB bagaimana produk minyak Habbasyi Oil membantu bagi IBU menyelesaikan masalah KURANG SUSU BADAN?

8 SEBAB bagaimana produk minyak Habbasyi Oil membantu bagi IBU menyelesaikan masalah KURANG SUSU BADAN?


CEPAT. Sifat semula jadi Habbatus Sauda yang panas dapat mempercepatkan kelancaran urat-urat susu dalam badan. 
BERKESAN. Habbatus Sauda dalam bentuk minyak lebih CEPAT bertindak balas berbanding dalam bentuk serbuk. 
MUDAH dan SENANG untuk dimakan sebab ia dalam bentuk kapsul. Tak perlu dibancuh. 
SEMULA JADI. Ia dalam bentuk natural minyak (kapsul) dan 0% bahan kimia yg digunakan. 
EFEKTIF dalam menghasilkan tenaga TAMBAHAN segera kepada badan ibu yang penat bekerja bagi menghasilkan susu lebih banyak. 
PRODUKTIF dalam pengeluaran susu kerana urat-urat susu dan darah akan lebih lancar disebabkan ianya adalah AGEN DETOX (Pembuang toksin) yang TERBAIK. 
Hasil yang KONSISTEN. Pengambilan Habbasyi Oil yang konsisten + minum 3L air sehari dapat membantu menambahkan kuantiti susu EBM. 
SUNNAH Nabi Muhammad SAW yang disebut dalam hadis Baginda.
“Habbatus Sauda adalah penawar kepada segala penyakit kecuali maut” 
Kandungan dalam habbatus sauda telah diiktiraf adalah antara MILK BOOSTER yang terbaik oleh pakar-pakar laktasi kerana sifat semulajadinya yang memberi haba dan memanaskan badan.
Sebagai ibu menyusu, anda WAJIB mencubanya sendiri sebagai IKHTIAR kerana telah ramai ibu yang berjaya menunjukkan kesan menakjubkan dalam masa seawal 3 HARI SAHAJA!
100% ORIGINAL SEMULAJADI MINYAK HABBATUS SAUDA
Cara Makan : 2 x 2 kapsul sehari untuk IBU MENYUSU.

Bagaimana Habbasyi Oil membantu bagi IBU MENYUSUKAN?

Pengambilan Habbasyi Oil yang konsisten dan berterusan dapat membantu menambahkan kuantiti susu EBM ibu-ibu yang sedang menyusukan anak.

Kandungan dalam habbatus sauda telah diiktiraf adalah antara MILK BOOSTER yang terbaik kerana sifat semulajadinya yang memberi haba dan memanaskan badan.

Urat-urat susu dan darah akan lebih lancar kerana sifat semulajadi habbatus sauda sebagai AGEN DETOX (Pembuang toksin) yang TERBAIK.

Jangan lupa pengambilan Habbasyi Oil perlu disertakan dengan AIR yang mencukupi (3L air sehari) supaya kesan optimum lebih cepat dan efektif.

Sebagai ibu menyusu, anda wajib mencubanya sendiri kerana telah ramai ibu yang berjaya menunjukkan kesan menakjubkan dalam masa seawal 3 HARI SAHAJA!
Makan 2 x 2 kapsul sehari untuk IBU MENYUSU.
TUNAIKAN HAK PENYUSUAN UNTUK ANAK ANDA!




Soalan Lazim

 1. Adakah (Habbasyi Oil) produk Malaysia? 
Tidak, (Habbasyi Oil) diimport terus dari Indonesia. 100% asli dan tiada bahan tambahan.
 2. Adakah produk ini HALAL? 

Ya. Produk ini telah disahkan halal oleh Majelis Ulama Indonesia iaitu badan yang diiktiraf oleh JAKIM Malaysia.



 3.Bagaimana cara pengambilan (Habbasyi Oil) bagi golongan dewasa? 
Pengambilannya adalah :
Dewasa : diambil sebelum makan.
2 x 2 kapsul sehari – untuk pencegahan
3 x 2 kapsul sehari – untuk pengubatan
3 x 2 kapsul sehari – untuk penyakit kronik
Kanak-kanak : 3 kapsul sehari.
 4. Adakah terdapat sebarang kesan sampingan apabila mengambil produk ini? 
Tiada kesan sampingan yang diketahui. Habbasyi Oil mengandungi minyak Habatus Sauda yang tulen dan bebas dari sebarang bahan pengawet.
 5. Bolehkah Habatus Sauda diambil oleh wanita hamil? 
Tidak digalakkan untuk ambil terlalu awal kerana habbatus sauda boleh mempercepatkan pengecutan rahim seterusnya mengelakkan keguguran/bersalin awal.
Boleh mula ambil apabila kandungan telah berusia 38 minggu.
 6. Bolehkah pengidap penyakit kronik seperti diabetis, darah tinggi, dan kencing manis mengambil ubat penyakit kronik dan dalam masa yang sama mengambil Habatus Sauda? 
Boleh.
Tetapi mereka perlulah mengambil Habatus Sauda sejam selepas mengambil ubat penyakit kronik dan mereka juga masih perlu meneruskan rawatan pakar. Sila dapatkan khidmat nasihat daripada doktor dahulu.
√ MANFAAT kepada kesihatan anda
  • Meredakan batuk dan meminimumkan manifestasi atas gangguan saluran pernafasan
  • Melindungi terhadap serangan bronchial asthma dan batuk kokol
  • Meningkatkan kecergasan tubuh dan mengatasi kelelahan & kelemahan harian
  • Meningkatkan imunisasi tubuh terutama pada keadaan penyakit dan penyembuhan
  • Meredakan pelbagai sakit dan ketidakselesaan seperti kekejangan dan perut kembung
Kelebihan Habatus Sauda yang diakui berkesan oleh pengguna.
♥ Memberi Tenaga
  • Keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk
♥ Meningkatkan IMUNISASI
  • Mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit
♥ Anti Inflamasi
  • Mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kuliteczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)
♥ Saluran Pernafasan
  • Melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi)
♥ Anti Histamin
  • Mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma
♥ Anti Bakteria
  • Mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil
♥ Anti Arthritis
  • Lihat Anti Inflamasi
♥ Penyakit Wanita
  • Membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan
♥ Merawat Saluran Perkumuhan
  • Merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan
♥ Anti Parasit
  • Membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)
♥ Meningkatkan Daya Ingatan
  • Mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan
♥ Merawat Tenaga Battinn
  • Impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)
♥ Mengecutkan KETUMBUHAN (Anti – Tumor)
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.
♥ Mengawal Kolestrol dan Kadar GULA dalam darah.
Cara Order 

☛ PM Facebook ’HBO′ di sini :
www.facebook.com/messages/360shoppe
☛ Whatsapp ’’HBO" ke : 0111-3303887
.

Habbasyi Oil Habbatus Sauda Milk Booster


“Gunakanlah Habbatussauda kerana di dalamnya terdapat obat untuk segala macam penyakit, kecuali maut” (HR. Bukhori Muslim)

Habbatussauda / Jintan Hitam / Nigella sativa / Black Seed adalah ubat herba yang paling banyak dicari oleh ramai orang, hal ini kerana herba ini memiliki kandungan yang bagus dan dipercayai sejak ribuan tahun lalu untuk pengubatan yang terbukti berkesan dan baik untuk menjaga stamina kesihatan ataupun untuk pengubatan secara natural tanpa bahan kimia. Produk Habbatusauda daripada Habbasyi Oil menggunakan bahan asas yang berkualiti tinggi iaitu biji Habbasyi yang di import langsung dari Ethiopia. Habbasyi Oil merupakan ekstrak daripada habbatusauda 100% asli dan murni tidak menggunakan campuran bahan asli habbatusauda dari jenis yang lain selain jenis Habbasyi.  Habbasyi Oil mengandungi lebih dari 100 unsur yang diperlukan tubuh sebagai suplement kesihatan dan ubat daripada pelbagai penyakit.


Komposisi : Nigella Sativa Oil 500 mg
Dikilangkan oleh : PT.Habbatussauda Int.
Habbataussauda / jintan hitam dalam bentuk cecair ini kami jual dengan nama Habbasyi Oil. Berbentuk kapsul minyak, lebih mudah diserap oleh tubuh sehingga lebih cepat bereaksi untuk pengubatan dan penyembuhan pelbagai penyakit yang dideritai manusia. Selain itu habbatussauda minyak ini juga lebih kuat reaksinya, kerana untuk menghasilkan 1kg minyak habbatussauda diperlukan sekitar 1 kg biji habbatussauda. 

Berikut adalah kebaikan habbasyi oil sbb:

  • Menguatkan sistem immunisasi badan & mempercepat pembelahan sel
  • Menyembuhkan sakit kepala dan sakit gigi
  • Mengubati sakit diabetes mellitus
  • Melancarkan haid, & meningkatkan produksi Air Susu Ibu (ASI)
  • Membantu sistem pencernaan & mengeluarkan cacing usus
  • Menormalkan tekanan darah
  • Mengubati gangguan daripada perut & hati
  • Menyeimbangkan hormon, & meningkatkan ghairah suami istri
  • Menyembuhkan rheumatic dan impotensi
  • Membuang racun dari dalam tubuh, anti oksidant, anti histamine & antimycotic
  • Menghilangkan / mengurangi reaksi alergi
  • Mengubati Kanser / Tumor  tanpa kesan sampingan,
Cara-cara Minum :Pencegahan       : 2×2 Kapsul / Hari
Pengubatan        : 3×2 Kapsul / Hari
Penyakit Kronik   : 4×2 Kapsul / Hari
Anak-anak          : 3 Kapsul / Hari

Thursday, March 5, 2015

MEDELA SWING MAXI PROMOTION!!!!

Nak pump yg mirib,satu keluarga dengan medela?

MEDELA SWING MAXI is the answer
FEATURES:
*TOP RANKING MEDELA BREASTPUMP
*HEAVY DUTY SUITABLE FOR POWER PUMPING
*BPA FREE AND SAFE
*ORIGINAL BRAND NEW
*FROM SWITZERLAND
*SMALL AND LIGHTWEIGHT 350g
*PORTABLE AND EASY TO CARRY
*DOUBLE PUMPING SAVE TIME
*6 LEVEL SUCTION
*QUIET MOTOR
*2 PHASE EXPRESSION MIMIC BABY’S SUCTION
*FAST LET DOWN
*ANTI BACKFLOW
WHAT’S INCLUDE INSIDE THE BOX
1xSwing Maxi Motor
1xAdapter/Charger
2xBreast Shield (M24MM_
1XTubing
2XConnector Kit
2x5oz Bottles&Lids
2xBottle Holder
1xCalma Teats
User Manual
1 Year Waranty by Lactaequip
FREE GIFT (for the 1st 10 customer)
ORDER?
whatsup 0111-3303887


RM1099 PROMO for LACTAEQUIP SET is VERY CHEAP. MURAH.
MEDELA SWING MAXI MURAH

Monday, January 12, 2015

Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir:

1. Mandikan bayi anda dengan air suam untuk elakkan bayi sejuk.

2. Sediakan segala  kelengkapan lebih awal seperti pakaian, sarung tangan dan kaki, barut, minyak dsb sebelum memandikan si kecil supaya proses tersebut berjalan dgn baik dan lancar, dan anda turut berasa lebih tenang.

3. Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya hingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan 'alcohol swab' yang diberikan doktor. Tak perlu sapukan dengan sebarang ubat lain. Jika pangkal tali pusat itu merah dan membengkak, mintalah nasihat daripada doktor. Adalah perkara biasa jika terdapat sedikit pendarahan atau cecair keluar, tetapi ia sepatutnya hanya untuk beberapa hari sahaja.

4. Tuam perut dan ari-arinya dengan kain atau daun sirih yang dipanaskan dengan seterika untuk elakkan kembung perut dan angin pasang.

5. Sapukan juga perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda dengan minyak bayi untuk beri keselesaan kepadanya.

6. Pakaikan barut dengan kemas, namun tidak terlalu ketat.

7. Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.

8. Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklahsentiasa peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan ruam lampin.

9. Sehinggalah dia berusia lebih kurang 4 minggu, bayi tidak berupaya mengawal pergerakan kepalanya. Jadi, pastikan anda sentiasa menyokong kepala dan lehernya. Apabila anda hendak meletakkannya pula, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia telah diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya. 

10. Bedunglah si kecil untuk membantunya tidur dengan lebih selesa dan lama. Keadaan berbedung memberi rasa selesa kepadanya, seolah-oleh berada dalam perut ibunya.
11. Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkannya  kembung atau muntah.

12. Susukan bayi anda sekerap yang mungkin (setiap 2 jam) walaupun dia hanya ingin melelapkan mata. Kuis atau geletek tapak kakinya untuk kejutkan dari lena.

13. Berikanlah susu ibu secara eksklusif kepada bayi anda selama 6 bulan pertama untuk pastikan dia mendapat khasiat susu ibu dengan sepenuhnya. Jangan berikan si kecil anda selain susu ibu, hatta air masak sekalipun sepanjang 6 bulan tersebut. 

Menjaga bayi baru lahir sesungguhnya bukanlah perkara mudah, apatah lagi bagi ibu baru. Dengan kesihatan si ibu yang masih belum pulih sepenuhnya, si bayi pula perlukan perhatian. Selain sokongan orang sekeliling, ibu juga perlu menjaga kesihatannya dengan baik supaya dapat elakkan daripada stress atau 'gila meroyan' istilah melayunya. Ibu perlu lengkapkan keperluan nutrisi tubuh dengan sebaiknya supaya badan sihat, cergas dan ceria menjalankan tanggungjawab sebagai ibu..

p/s : perlukan breastpump/stroller/car seat..anything about moms and baby... l

like page kami www.facebook.com/360shoppe atau www.360shoppe2u.com 
PELAN ANSURAN DI SEDIAKAN. BERBALOI2!!!

Thursday, January 8, 2015

Macam Mana Susu Boleh Terhasil?

Assalamualaikum ibu2

Saya sendiri pada mula2 nak menyusu badan tertanya2.mcm mana susu boleh terhasil..kenapa kadang2 susu subuuuur sgt. kadang2 ada terjadi susu sy mmg nampak drop atau sikit..

Berdasarkan pengalaman2 yg telah dilalui dan cerita2 dari ibu2 lain yg telah berjaya, apa yg saya nampak sekarang ialah, kebanyakan ibu2 belum kenal lagi breast masing2. And tak study secara detail bagaimana susu ibu terhasil. Saya rasa, kita kena kembali kepada perkara asas, iaitu kenali breast kita terlebih dahulu. Supaya bila kita dah kenal and faham tentang breast kita, Insya Allah, perjalanan breastfeeding akan menjadi lebih mudah....

 Ok, jom kita tengok pada struktur gambarajah di bawah.... 



Apa yg saya boleh rumuskan di sini, kita dapat lihat dengan jelas, bahawa susu ibu terhasil, apabila terdapatnya rangsangan dari bayi. Otak yg merangsang kilang2 susu supaya menghasilkan susu. Berbeza dengan susu tepung; air panas, air masak, susu tepung, botol susu dan yg sewaktu dengannya, telah terhidang di depan mata. Penat ke, stress ke, baby tetap leh disusukan. Walaupun ayahnya, yg takde susu pun leh tolong susukan baby. Hatta orang gaji indon pun leh tolong susukan anak korang, bagi yg minum susu formula.

Sebab tu, permulaan penyusuan terutama bagi ibu2 yang bersalin sulung (tiada pengalaman) seringkali gagal dalam proses breatfeeding ni.Sebabnya, susu tu bila dipicit baru keluar. Itupun, cam menitik aje. Kemudian bila perah kadang2 tak keluar. So, tak nampak hasilnya, ibu2 pun risau dan mudah terpengaruh dgn cakap org2 tua, bila diorg start buka mulut kata susu kita tak cukup. Ibu akan bertambah down, terus baby pun melalak! Sebabnya, si ibu tadi dah hantar signal yg salah kat otak bahawa susu dia tak cukup. So, macamana kilang dia nak proses susu.

Teknik yg betul ialah, FIRST SEKALI SET DALAM MINDA BAHAWA TIADA MAKANAN LAIN SELAIN SUSU IBU UNTUK ANAK KITA PADA 6 BULAN PERTAMA. (Cuba set dalam minda, kalau aku tak nyusukan anak aku ni, nanti dia akan sakit. Nanti dia tiada antibody, susu formula mengandungi bahan kimia yg berbahaya pada bayi, susu formula bukan susu semula jadi) Sebab tu, klinik kerajaan mengambil tindakan yg betul, sebab tidak membenarkan ibu2 membawa botol susu masuk ke dalam klinik @hospital. Supaya, ibu2 yg baru saja melahirkan, tidak sewenang2nya, set dalam fikiran, kalau tiada susu, susu tepung setin, dah ada kat tepi nih! Tak yah la aku nak risau. Dah.....nampakkan, korang dah hantar lagi sekali signal yg salah pada otak korang, bahawa, anak korang tak semestinya kena minum susu korang. So, kilang tu pun berehat seketika @berehat buat selama2nya, bila tiada rangsangan dari baby.

Mommies2 sume igt saya tak tahu eh, bila korang tengah nyusukan anak korang, dalam hati korang berkata2, "ada ke susu aku nih?".. saya tengok raut muka korang pun dah leh baca. Muka terkerut2 bagi susu kat anak. Tak sampai 5 minit terus cakap, "dahla bang, bancuh jela susu tu, susu tipah takde la bang. Tak mau keluar!" 
Dah...kalau korang cakap gitu, walau kitorang nasihat banyak2 kali pun tak guna jugak. Sebab minda korang dah set begitu. So kilang susu korang tutup kedai la...Lainla, kalau otak korang leh bluetooth dengan saya ni, saya akan cakap, "susu saya banyak...Insyaallah, susu saya banyak...Insyaallah, Allah itu Maha Pemurah...Insyaallah, rezeki anak saya ada..." (Ini sebenarnya apa yg setiap ibu harus lakukan dalam minda korang)

Kemudian, bila korang dah berjaya beri kolostrum tu, kadang2 breast kita amik masa beberapa hari untuk membengkak, mengeluarkan susu yang matang. (Ibu baru kena faham, mula2 breast kita memang lembut, seolah2 macam tiada susu, bila perah pun adala dapat sesudu. Itu perkara normal dan biasa. Ok!)
Bila picit nipple pun, yg keluar cecair jernih kekuningan. Itulah kolostrum yg bernilai EMAS buat baby kita. Itu penting untuk antibodi si dia (si kecil tersayang).

Dan lagi satu, memang NORMAL dan BIASA bila baby, pada beberapa hari atau minggu pertama kerap menangis nak susu. Ada yg setiap 1 jam, malah setiap 30 minit pun ada. Ini mula2. Sekadar beberapa selang waktu, untuk ibu dan bayi menyesuaikan diri and penghantaran signal pada kilang susu supaya produce susu yang mencukupi untuk baby. (Jangan terpengaruh dengan mana2 mak bedah, cakap seolah2 susu korang tak cukup N baby tak kenyang. Itu gosip girl@ gosip makcik2 semata2. Berdasarkan fakta yg sebenar, susu ibu adalah makanan yg mudah dihadam oleh bayi. Sebab tu, baby cepat lapar. Sebab ia mengandungi gula ringkas dan zat2 lain yg mudah dicernakan oleh perut bayi. Compare dengan susu formula, yg korang ingat baby tidur lama sebab kenyang)...Maaf cakap, fakta yg sebenarnya, perut baby sedang bekerja keras pada ketika itu, demi untuk menghadamkan satu ramuan asing yg telah dimasukkan ke dalam perut dia.

Kemudian, untuk kes2 tertentu, bagi baby yg ada masalah sehingga memerlukan ibu untuk memerah susu di hospital. Mula2 memang hasilnya sesudu dua. Susu tu cukup untuk mengenyangkan baby. Amalkan setiap kali sebelum and selepas mengepam@menyusu minum air suam sekurang2nya segelas. Supaya flow susu berjalan lancar. Jangan simply mudah2 dengar cakap mak bedah, tak elok minum air banyak, nanti peranakan berair dan sebagainya. Percaya tak, mana2 ibu yang menyusukan badan anaknya (secara fully bukan campur dgn susu formula), walau dia berisi, gebu, gemuk atau kurus, badan dia tetap ada shape. Sebab, menyusu mempercepatkan proses rahim kembali mengecut. 

K, sekian untuk kali ini. Maybe kalau ada masa saya akan sambung lagi lepas ni.

"Breastfeeding bukanlah semudah yang disangka, tetapi bila kita dah laluinya, ia adalah pengalaman yg paling indah dan pengurusannya lebih mudah dari menguruskan susu formula"

***Just follow kami di www.breastfeedingmall.blogspot.com atau www.facebook.com/360shoppe atau www.360shoppe2u.com ini, InsyaAllah semoga kita sama2 dapat manfaatnya... ^_^

Mengandung, melahirkan dan menyusu itu FITRAH seorang WANITA.

"Selamat menyusu" :)