Wednesday, March 25, 2015

Teknik Pumping Power Membantu Masalah Kurang Susu

Akhir2 ini saya menerima banyak pertanyaan para ibu berkenaan dengan susu drop.
saya ingin kongsi kan dengan semua, selain daripada pengambilan milk booster ibu2 kena patuh pada demand dan supply concept.

baru ianya menjadi.

apa2 syabas pada ibu2 yang masih lg berusaha bertanya dan mencari jalan untuk menangani masalah susu kurang ni. jika tak kuat semangat, mmg dh lama di suakan formula milk pada si manja :(

Bila kita rasa payudara kosong dan bayi sering menangis kerana tidak puas menyusu. kita  pun menjadi stress dan tidak keruan. Its normal.


Jadi saya nak share pasal pump power pumping ni. mungkin ada antara new moms yang tak tahu lg psl ni. or mungkin ada yg tahu tp x brape pasti,

APAKAH ITU TEKNIK POWER PUMPING ?

Power pumping adalah satu teknik unik yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik ini berkesan apabila pam susu digunakan untuk memaksa susu keluar seakan-akan sedang menyusukan bayi dan secara tidak langsung akan meningkatkan penghasilan susu ibu dengan banyak. Penghasilan susu ibu bergantung kepada tindak balas hormon dan rembesan hormon bergantung kepada “arahan” daripada otak. Hormon-hormon yang terlibat ialah hormon prolaktin dan hormon oksitosin. Jika bayi mommies semakin kuat, lebih kerap dan lebih lama menyusu maka secara tidak langsung akan merangsang kelenjar pituitari untuk merembeskan hormon prolaktin yang membawa mesej untuk menghasilkan lebih banyak susu. 

SIAPA YANG PERLU BUAT POWER PUMPING INI?

Siapakah Yang Memerlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menambah atau meningkatkan penghasilan susu terutama apabila susu semakin kurang akibat perubahan hormon seperti telah mengikat peranakan, sedang haid, bayi kurang menyusu dan ibu yang kurang megepam kerana terlalu sibuk di tempat kerja.
2. Power pumping juga dilakukan oleh ibu yang ingin “relaktasi” iaitu menyusukan semula anak setelah berhenti seketika atas sebab tertentu.
3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat kerana teknik ini dapat merangsang pengahasilan susu, di samping menggunakan pam khas dan mengambil pil hormon.

Bagaimana Menjalankan Teknik Power Pumping Ini?


Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian sebelah kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit dan ulang selama sejam

Double pump – pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit, kemudian rehat 10 minit. Sambung lagi pam 10 minit, kemudian rehat 10 minit dan ulang lagi selama sejam.

Sebaiknya anda melakukan teknik ni sekali sehari, dan waktu yang paling sesuai ialah pada waktu tengah malam atau pada waktu subuh antara jam 12 malam hingga 7 pagi kerana pada waktu itu hormon susu sangat tinggi. Anda akan dapat lihat hasilnya di mana payudara anda mula berasa berat! :)
Namun begitu, ada juga ibu yang mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan hasilnya. Teruskan melakukan teknik ini setiap hari di samping mood ibu juga mestilah dalam keadaan tenang dan janganlah tergesa-gesa.
Sekiranya pada awal sesi power pumping ini susu tidak keluar langsung atau hanya keluar beberapa titik sahaja, itu adalah normal.
YAKINlah bahawa badan anda sedang dalam proses untuk menghasilkan susu. Beri sedikit masa kepada badan anda untuk menghasilkannya.
Di samping itu, ibu boleh amalkan Surah A-Baqarah ayat 60 dan Surah Al Hujrat dan niatkan supaya mendapat susu yang CUKUP untuk bayi anda.
Selain itu, amalan berselawat dan berzikir “Ya Matiin” semasa menyusu dan mengempam juga dapat membantu penghasilan susu.
Teknik Power Pumping ini biasanya berhasil dalam tempoh seminggu hingga sebulan.
Kepada ibu yang kekangan masa utk mengepam sewaktu bekerja, disarankan juga melakukan teknik Power Pumping ini pada sebelah malamnya bagi mengelakkan susu daripada merundum akibat kurang mengempam itu.
Selamat mencuba!!!



No comments:

Post a Comment